Kalau kat Windows ada application NotePad untuk menulis text (tapi biasanya jarang digunakan), di Ubuntu (Gnome) pula ada application Gedit. Text editor seperti Gedit ni sebenarnya amat penting, terutamanya untuk membuat pertukaran system setting pada keadaan-keadaan tertentu. Di samping Gedit, elok juga belajar menggunakan text editor yg boleh run dalam Terminal, contohnya seperti VIM.
Pertama sekali, mesti install dulu. Gunakan command ;
sudo apt-get install vimDah habis install, type seperti berikut di Terminal untuk menulis text file "test";
vim testCara nak gunakan VIM ni senang saja, konsepnya ingat dua mode berikut ;
- Command Mode : Mode ini untuk activatekan sebarang command seperti save, quit dsb. Ini adalah mode default sebaik sahaja VIM dimulakan. Key untuk activatekan mode ini adalah [Esc].
- Insert Mode : Mode ini untuk membolehkan text di masukkan, atau dengan kata lain untuk menaip. Key untuk activatekan mode ini adalah [i].
Cuba try dan lihat sendiri perubahan pada
bahagian kiri bawah Terminal setiap kali key
[Esc] dan
[i] ditekan.
Pada Insert Mode, macam biasa tulis je la apa yg nak ditulis...

Pada Command Mode pula, setiap arahan hendaklah dimulai dengan tanda " : " dan diikuti dengan huruf tertentu yg biasanya senang diingati. Contohnya ;
- :q! = Quit
- :w = Write (Save)
- :wq = Write & Quit
Kalau dah habis tulis, cuba command yg last di atas tu dan pastikan di
bahagian bawah kiri Terminal, kemudian tekan ENTER. Amacam, senang je kan? VIM ni sangat ringan, simple dan berguna untuk edit sebarang text file bila dah biasa menggunakannya. Bila berpasangan dengan Terminal, kerja akan jadi lebih mudah & efficient. Cuba gunakan command berikut di Terminal untuk view file yg dah dibuat tadi ;
more test