Wednesday, December 23, 2009

Install Ubuntu

1) CD Ubuntu

Nak install Ubuntu ni senang aje, langkah pertama adalah untuk mendapatkan CD Ubuntu. Memandangkan Ubuntu ni Open Source, ianya boleh didownload secara percuma, atau pinjam aje CD dari mereka yg dah install, malah boleh juga order secara percuma dari ShipIt (tapi lambat le).

OK, cara yg paling cepat & mudah adalah download aje sendiri CD image kemudian burn CD. Download dari Ubuntu website dan pilih lokasi terdekat seperti Singapore atau Taiwan untuk mendapatkan speed yg terbaik. Untuk mereka yg kurang arif, cara untuk burn CD ada diterangkan kat sini.

Tips :
1) Gunakan CDRW untuk burn CD. Sebabnya, kalau ada sebarang problem pada CD image atau burn kualiti, boleh blank disc kemudian burn semula.
2) Untuk PC slow @ kurang keupayaan, atau pun jika anda prefer installation yang simple dan laju, download CD image Text Installer.













2) Proses Install

Install Ubuntu ni sebenarnya amat mudah, tak perlu takut-takut untuk mencuba sendiri. Setkan BIOS supaya boot PC melalui CDROM, masukkan CD dan tunggu Installer bermula.

Langkah pertama, pastikan CD takde problem. Kalau dah OK, teruskan aje Install dengan mengikut arahan satu persatu. Satu bahagian je yg agak mencabar iaitu Partitioning - membahagikan Hard Disk. Kat sini ramai yang pening kepala, jadi study dahulu keperluan sendiri dan rujuk kepada pelbagai tutorial yg ada.

Tips :
1) Paling elok jika cuba Manual Partitioning, dan belajar dari situ. Paling kurang, mesti buat Root Partition ( / ) dan SWAP Partition. Tapi, seeloknya buatkan sekali Home Partition ( /home ) supaya senang bila nak upgrade lain kali.
2) Kalau rasa tak confident, belajar je dahulu menggunakan VirtualBox.
















Lebih kurang dalam 30 minit, habis la install Ubuntu - kejap je. Yang bestnya tu, semua application asas (Office, Graphics, Internet dsb) dah tersedia, dan kebiasaannya hampir kesemua hardware terus boleh guna (tak perlu install driver).

Welcome to Ubuntu!

No comments:

Post a Comment